Tuesday, May 17, 2011

Nakbah Palestin : Memori Ratapan Derita Rakyat Palestin


 Nakba Palestin..... memori ratapan umat tertindas

Nakba Palestin dan gerakan Zionisme

Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh malang bagi umat Islam Palestin apabila seramai 700,000 orang diusir dari tanah mereka sendiri. Tarikh ini juga merupakan saat penting bagi gerakan Zionis apabila mereka akhirnya berjaya mengisytiharkan penubuhan negara Israel yang telah dirancang penubuhannya pada 1897 di Muktamar Zionis kali pertama yang diadakan di Bern, Switzerland. Pada muktamar tersebut, pengasas Zionis Theodor Hertzl telah mengumumkan misi dan visi gerakan Zionis Antarabangsa. Antara perkara yang diumumkan ialah “Protokol Zionis” dan “Rancangan 100 Tahun”.

Friday, May 13, 2011

Himpunan Juta di Tahrir Sokong Palestin


Laporan jam 07.44 malam, Palestin/Mekah
Jam 06.44 malam, Mesir

GAZA, 13 Mei - Walaupun masyarakat Mesir kalut dengan hal dalamannya, namun Palestin tetap hadir di Dataran Tahrir(Medan Tahrir) hari ini. Sejuta penduduk Mesir yang berhimpun di sana bawah slogan 'Kesatuan Mesir bantuan kepada Palestin'.

Lapor Safa, penduduk Mesir meninggalkan rumah mereka demi mahu menyertai perhimpunan juta di Tahrir, malah kelihatan bendera-bendera Palestin berdiri seiring bendera Mesir.